KAD HIJAU
"Berkuatkuasa 1hb Jun 2015, semua pekerja yang melaksanakan kerja-kerja pembinaan adalah diwajibkan untuk berdaftar sebagai Personel Binaan sebagaimana yang diperuntukkan di dalam seksyen 33, Akta 520. Selain dari itu, mana-mana personel binaan yang melaksanakan tugas-tugas penyeliaan di tapakbina atau kerja-kerja mahir yang disenaraikan di dalam Jadual Ketiga Akta 520 wajib untuk diakredit dan diperakukan seperti yang diperuntukkan di dalam seksyen 33A, akta yang sama."
Kelayakan Pendaftaran Kad Hijau:
Mana-mana orang yang diambil bekerja dalam industri pembinaan serta melaksanakan kerja-kerja pembinaan layak dipertimbangkan untuk berdaftar sebagai personel binaan.
Pendaftaran personel binaan dipertimbangkan berdasarkan kepada asas-asas seperti berikut:
Pendaftaran personel binaan dipertimbangkan berdasarkan kepada asas-asas seperti berikut:
- Pendaftaran Personel Binaan tertakluk kepada kehendak & ketetapan Akta 520
- Menyokong dan mematuhi undang-undang bertulis yang lain
- Pendaftaran personel binaan untuk memasuki dan melaksanakan kerja-kerja pembinaan di tapakbina
- Terlibat dengan kemajuan kerja-kerja pembinaan secara fizikal
- Had umur pendaftaran personel binaan adalah 18 tahun dan ke atas dan Pelatih Binaan adalah 16 tahun dan ke atas.
- Bekerja dalam industri pembinaan serta melaksanakan kerja-kerja pembinaan.
- Hadir Kursus Induksi Keselamatan untuk personel binaan atau lain-lain kursus seumpamanya yang diiktiraf oleh CIDB.
- Mematuhi undang-undang bertulis yang lain yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa berkaitan.
Dokumen yang Diperlukan:
- Salinan Kad Pengenalan
Bayaran/Caj:
Boleh whatsapp kami untuk dapatkan harga.
Nota:
- Segala maklumat anda adalah RAHSIA dan TERPELIHARA.
- Pembayaran perlu dilakukan sebelum pihak kami memulakan kerja.
HUBUNGI KAMI
|
|